Tuesday, 3 January 2012

tokoh kreativiti

Tokoh Kreativiti- Ellis Paul Torrance
Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia.Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi segar dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga ke hari ini.Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam bidang kreativiti dan pendidikan akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti (Father’s Of Creativity).
Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu.Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah ‘Torrence Test of Creative Thinking”.Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu.Beliau telah mengaaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu.
Tujuh perkara tersebut adalah:
1.    Penyoalan

Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar,proses penyoalan adalah sangat penting dan perlu diperaktikkan.Di samping itu, penyoalan juga boleh menggalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan.Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.

2.    Penemuan

Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan.Dalam hal ini, pelajar digalakkan mencuba serta melakukan berbagai eksplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti –aktiviti seni visual.

3.    Pemerhatian

Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang terdapat pada manusia.Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan.Di dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja, malah juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan,rasa, hidu dan dengar.



4.    Percubaan

Percubaan dan eksperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang baik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar.Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik.Secara tidak langsung, proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat eksperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.

5.    Penerokaan

Galakkan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita.Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat disekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya.Proses ini secara tidak langsung akam membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seseorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

6.    Memanipulasikan

Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna.Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan atau objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasikan telah pun berlaku.Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat- cermat di samping mengelakkan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya.

7.    Aktiviti / bermain

Aktiviti bermain juga boleh merangsang kreativiti individu.Bagi seseorang kanak-kanak bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran.Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik.Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.








TEORI KREATIVITI TAYLOR

Calvin W.Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentang tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama.Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seseorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seseorang pelajar.Di dalam teorinya “Multiple Creative Talent” beliau menjelaskan bahawa pembentukan  bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

Dalam teorinya, Taylor telah menyarankan lima jenis kreativiti bagi menunjukkan tahap perbezaan proses kreativiti yang berlaku pada seseorang individu dengan individu yang lain.Jenis-jenis kreativiti berkenaan adalah:

a)    Kreativiti bersifat ekspresif

Kreativiti yang bersifat ekspresif selalunya berlaku secara rawak dan bebas.Ia boleh dilihat melalui lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang melukis secara spontan.Kebanyakan lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini adalah secara bebas.Hasil lukisan  itu juga mengikut kemampuan bersesuaian dengan usia dan perkembangan keadaan fizikal mereka yang belum stabil.Pada peringkat ini, hasil lukisannyaadalah dalam bentuk contengan dan penggunaan garisan yang tidak terkawal.Kreativiti bersifat ekspresif ini adalah bersifat bebas, kemahiran, keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh pelajar semasa proses menghasilkan karya.

b)    Kreativiti melalui penghasilan / teknikal

Kreativiti ini merujuk kepada kecekapan dan keupayaan seseorang pelajar dalam menghasilkan karya.Dalam peringkat ini, pendidik perlulah membantu pelajar bagi tujuan menambahbaikan kemahiran yang sedia pada mereka kepada satu kaedah yang lebih sistematik dan terancang dengan sempurna.Ketika ini peranan pendidik sangat penting kerana pelajar memerlukan bimbingan bagi mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang sempurna dan sesuai dalam proses menghasilkan karya yang baik.

c)    Kreativiti bersifat inventif

Kreativiti ini adalak merujuk kepada keupayaan individu mencipta benda atau objek baru melalui proses eksperimentasi.Pada peringkat ini, penekanan utama adalah faktor-faktor penemuan dan penciptaan yang baru.Ia juga melibatkan percubaan demi percubaan bagi menghasilkan satu teori, formula dan kesimpulan terhadap eksperimen yang telah dijalankan oleh individu tersebut.Preanan pendidik pada peringkat ini adalah memberikan galakkan dan sokongan agar pelajar tidak mudah putus asa.

d)    Kreativiti bersifat inovatif

Kreativiti ini pula adalah peringkat yang melibatkan pengubahsuian kepada konsep- konsep asas yang sedia ada kepada idea yang baru.Pada peringkat ini, pelajar mula melakukan pengubahsuaian dan pembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri.Pendidik boleh membantu dan membimbing pelajar untuk  mengenalpasti kaedah perlaksanaan yang betul.Disamping itu juga, pelajar telah mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan kaedah alternatif bagi setiap perancangan yang dibuat oleh mereka.

e)    Kreativiti bersifat imaginatif

Kreativiti ini merupakan kreativiti yang paling tinggi kedudukannya.Pada peringkat ini, prinsip-prinsip formal seni diterjemahkan di dalam bentuk abstrak dan dipermudahkan.Contohnya, imej figura manusia digambarkan tanpa memberikan perhatian serta penekanan kepada bentuk asa atau bentuk formal figura tersebut.