Tuesday, 3 January 2012

tokoh kreativiti

Tokoh Kreativiti- Ellis Paul Torrance
Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia.Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi segar dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga ke hari ini.Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam bidang kreativiti dan pendidikan akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti (Father’s Of Creativity).
Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu.Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah ‘Torrence Test of Creative Thinking”.Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu.Beliau telah mengaaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu.
Tujuh perkara tersebut adalah:
1.    Penyoalan

Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar,proses penyoalan adalah sangat penting dan perlu diperaktikkan.Di samping itu, penyoalan juga boleh menggalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan.Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.

2.    Penemuan

Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan.Dalam hal ini, pelajar digalakkan mencuba serta melakukan berbagai eksplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti –aktiviti seni visual.

3.    Pemerhatian

Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang terdapat pada manusia.Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan.Di dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja, malah juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan,rasa, hidu dan dengar.



4.    Percubaan

Percubaan dan eksperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang baik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar.Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik.Secara tidak langsung, proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat eksperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.

5.    Penerokaan

Galakkan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita.Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat disekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya.Proses ini secara tidak langsung akam membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seseorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

6.    Memanipulasikan

Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna.Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan atau objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasikan telah pun berlaku.Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat- cermat di samping mengelakkan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya.

7.    Aktiviti / bermain

Aktiviti bermain juga boleh merangsang kreativiti individu.Bagi seseorang kanak-kanak bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran.Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik.Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.








TEORI KREATIVITI TAYLOR

Calvin W.Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentang tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama.Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seseorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seseorang pelajar.Di dalam teorinya “Multiple Creative Talent” beliau menjelaskan bahawa pembentukan  bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

Dalam teorinya, Taylor telah menyarankan lima jenis kreativiti bagi menunjukkan tahap perbezaan proses kreativiti yang berlaku pada seseorang individu dengan individu yang lain.Jenis-jenis kreativiti berkenaan adalah:

a)    Kreativiti bersifat ekspresif

Kreativiti yang bersifat ekspresif selalunya berlaku secara rawak dan bebas.Ia boleh dilihat melalui lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang melukis secara spontan.Kebanyakan lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini adalah secara bebas.Hasil lukisan  itu juga mengikut kemampuan bersesuaian dengan usia dan perkembangan keadaan fizikal mereka yang belum stabil.Pada peringkat ini, hasil lukisannyaadalah dalam bentuk contengan dan penggunaan garisan yang tidak terkawal.Kreativiti bersifat ekspresif ini adalah bersifat bebas, kemahiran, keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh pelajar semasa proses menghasilkan karya.

b)    Kreativiti melalui penghasilan / teknikal

Kreativiti ini merujuk kepada kecekapan dan keupayaan seseorang pelajar dalam menghasilkan karya.Dalam peringkat ini, pendidik perlulah membantu pelajar bagi tujuan menambahbaikan kemahiran yang sedia pada mereka kepada satu kaedah yang lebih sistematik dan terancang dengan sempurna.Ketika ini peranan pendidik sangat penting kerana pelajar memerlukan bimbingan bagi mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang sempurna dan sesuai dalam proses menghasilkan karya yang baik.

c)    Kreativiti bersifat inventif

Kreativiti ini adalak merujuk kepada keupayaan individu mencipta benda atau objek baru melalui proses eksperimentasi.Pada peringkat ini, penekanan utama adalah faktor-faktor penemuan dan penciptaan yang baru.Ia juga melibatkan percubaan demi percubaan bagi menghasilkan satu teori, formula dan kesimpulan terhadap eksperimen yang telah dijalankan oleh individu tersebut.Preanan pendidik pada peringkat ini adalah memberikan galakkan dan sokongan agar pelajar tidak mudah putus asa.

d)    Kreativiti bersifat inovatif

Kreativiti ini pula adalah peringkat yang melibatkan pengubahsuian kepada konsep- konsep asas yang sedia ada kepada idea yang baru.Pada peringkat ini, pelajar mula melakukan pengubahsuaian dan pembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri.Pendidik boleh membantu dan membimbing pelajar untuk  mengenalpasti kaedah perlaksanaan yang betul.Disamping itu juga, pelajar telah mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan kaedah alternatif bagi setiap perancangan yang dibuat oleh mereka.

e)    Kreativiti bersifat imaginatif

Kreativiti ini merupakan kreativiti yang paling tinggi kedudukannya.Pada peringkat ini, prinsip-prinsip formal seni diterjemahkan di dalam bentuk abstrak dan dipermudahkan.Contohnya, imej figura manusia digambarkan tanpa memberikan perhatian serta penekanan kepada bentuk asa atau bentuk formal figura tersebut.







Thursday, 20 October 2011


Kreativiti Dalam Konteks Seni Visual

Kreativiti? ya itulah yang kita ertikan seni itu mempunyai komponen pemahaman yang sangat meluas..kita sentuh mengenai CITA RASA. Apabila ia hadir maka kreativiti itu turut berkait rapat dengan apa-apa isi yang ada di dalamnya..cita rasa itu memanipulasi kebolehan kreativiti pada masa anda mencari idea!

Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual mengenai Kreativiti;

1. E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti)Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”.

2. June King McFee, mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika.Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.

Apa yang lebih menariknya tentang kreativiti ini ialah seseorang itu akan mencuba untuk menghasilkan satu idea yang menarik dan yang lebih baru dari yang sedia ada iaitu mampu mencipta sesuatu yang baru yang belum dicipta oleh orang lain dan mampu menarik perhatian audien tentang apa yang dihasilkan. Menghasilkan benda yang baru bukanlah mudah dan memerlukan pengertian yang sebenarnya tentang kreativiti dan idea yang dijana itu hendaklah sesuatu yang baru dan tiada peniruan dari pihak lain.










Pengenalan Kreativiti
· Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang.
· Bagi seseorang artis, pemikiran kreatif (pemikiran tampak) yang kadang kala tidak menggunakan walau sepatah perkataan, merupakan satu prosedur atau kaedah yang perlu digunakan apabila melihat, berfikir atau belajar bagi mewujudkan idea.
· Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang di lihat atau di alaminya. Ia mungkin menggunakan metafora dan anologi memproses pengalaman tampak untuk dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru.
· Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi juga pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta. Untuk mengetahui fakta (otak kiri) adalah suatu perkara dan menukarkan fakta kepada bentuk baru memerlukan keupayaan membuat metafora (otak kanan) adalah suatu perkara lain, yang merupakan fungsi pemikiran kreatif. Bagi mempertingkatkan daya kreativiti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti pendidikan seni adalah diperlukan.
1.1 Definisi Kreativiti
· Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada tiada kepada ada. Definisi ini seolah-olah melambangkan sesuatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya.
· Kamus dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Mengikut Viktor Lowengfeld (1975), kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.
· Gilchrist menyatakan, kreativiti adalah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan menilai sama ada maujud ataupun tidak. (Leonard Yong,1994). Manakala, Paul Torrance (1974) memberikan definisi kreativiti sebagai proses yang mana seseorang menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya; mengenal pasti perkara-perkara yang sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis ini dan memungkinkan pengubahsuaian dan mengujinya semula dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain (Leonard Yong,1994).
· Bagi June King McFee pula, beliau berpendapat bahawa kreativiti adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru bagi memperkemaskini idea yang ada. Aktiviti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru dianggap sesuatu kreativiti.
· Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.
· Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982) menjelaskan, kreativiti berkait dengan suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian, berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek dimanipulasikan serta dikaji, teliti menggunakan langkah-langkah perkembangan kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi, penyusunan semula, pengunduran, membuat penyenaraian dan dimensi lain (analogi).
· Edward De Bono (1992), menyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.
· Dunn (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan untuk menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.